Media

Malayan United Industries atur strategi pemulihan

JUL 23, 2018, Berita Harian - Bisnes, Pg 21

Malayan United Industries Group Bhd (MUI) yakin kembali mencatat pemulihan dalam tempoh beberapa tahun akan datang menerusi langkah penstrukturan organisasi dan mentransformasi perniagaan kumpulan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Andrew Khoo, berkata penstrukturan itu adalah langkah permulaan bagi mengatur semula strategi kumpulan untuk mencapai sasaran jangka masa panjang iaitu membawa syarikat kembali ke landasan keuntungan selepas berada di paras negatif dalam tempoh beberapa tahun lalu.

"Buat masa ini, kami tidak terlalu menitikberatkan jumlah pendapatan kumpulan kerana ingin memberi tumpuan terhadap sasaran jangka masa pendek, iaitu melaksanakan penstrukturan organisasi dan mentransformasikan perniagaan kumpulan serta mengurangkan hutang syarikat. Ini adalah keutamaan kumpulan buat masa ini dan proses ini mengambil masa kira-kira 12 hingga 24 bulan untuk dilaksanakan.

Click to read more...